Program ini diwujudkan bertujuan bagi merealisasikan hasrat kecemerlangan pelajar, maka
setiap diri pelajar perlu dilengkapkan
dengan kekuatan ilmu, minda, iman dan takwa, berakhlak mulia serta memiliki
sikap yang positif untuk mencapai kejayaan. Setiap mentee (pelajar) memerlukan perhatian dan tunjuk ajar secara
sistematik daripada mentor (guru) bagi meningkatkan motivasi dan nilai kendiri
mereka. Justeru itu, mentor hendaklah memainkan peranan sebagai penasihat (Homeroom Adviser) dan
membantu secara proaktif kepada mentee dalam menyelami, merasai dan mengetahui
kekuatan dan kelemahan mentee di samping memberi bimbingan yang bersesuaian
khususnya yang melibatkan aktiviti pembelajaran.
Objektif utama program ini ialah:
- Meningkatkan kualiti
pelajar untuk belajar secara sistematik dan berkesan bagi melahirkan
golongan pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR 2013 terutama
murid tahun 6.
- Memupuk rasa kasih sayang
dalam suasana kekeluargaan di samping menanam sikap bertanggungjawab,
berkeyakinan dan bermotivasi di antara mentor dan mentee yang terlibat.
- Memberi peluang kepada
mentee supaya mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya dalam
menyelesaikan masalah pembelajaran pembangunan diri.
No comments:
Post a Comment