SK Pianggu telah menerima kehadiran wakil kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Rompin bagi mempromosikan program Germ Buster dan Pencegahan Denggi. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi penerangan khususnya kepada pelajar sekolah tentang pentingnya menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu pelajar tahap 1 dan tahap 2. Setiap kumpulan pula dibahagikan kepada 5kumpulan kecil dan terdapat 5 perhentian. Setiap kumpulan mestilah mendengar penerangan daripada wakil Pejabat Kesihatan yang berada di setiap perhentian. Masa yang diberikan untuk mendengar penerangan tersebut ialah 6 minit. Semua kumpulan mestilah melengkapkan pusingan dan mendengar semua penerangan di setiap perhentian. Terdapat sesi soal jawap di setiap perhentian dan hadiah diberikan kepada pelajar yang dapat menjawab soalan dengan tepat.
5 perhentian tersebut ialah:-
- penerangan tentang kod bar produk dan tarikh luput
- penerangan tentang makanan yang masih elok dan sudah rosak
- penerangan tentang bahaya merokok
- penerangan dan demontrasi mencuci tangan dengan betul
- penerangan tentang nyamuk addes
No comments:
Post a Comment