SEJARAH SEKOLAH


ASAL USUL SEKOLAH KEBANGSAAN PIANGGU
26820 KUALA ROMPIN PAHANG


SEKOLAH KEBANGSAAN PIANGGU TELAH DIDIRIKAN DI PINGGIR SUNGAI ENDAU BERHAMPIRAN DENGAN JETI PENAMBANG. PADA TAHUN 1914 SEKOLAH INI MULA DIBUKA DAN INI MERUPAKAN SEKOLAH KE-4 TERTUA DI NEGERI PAHANG. BANGUNAN ASALNYA DIPERBUAT DARIPADA PAPAN DAN BERATAP NIPAH. BESARNYA SEKADAR MEMUATKAN 35 ORANG PELAJAR DAN 2 ORANG GURU. SEKOLAH INI DIBINA ATAS INI INISIATIF PENGHULU PERTAMANYA YANG BERNAMA EN SULAIMAN BIN LOGIN YANG MERUPAKAN CUCU KEPADA DATUK KUCHONG.

SELEPAS PERANG TAHUN 1947 SEKOLAH KEBANGSAAN PIANGGU INI TELAH BERPINDAH KE TAPAK BARU. BANGUNAN INI DIPERBUAT DARIPADA PAPAN DAN ASBESTOS. BANGUNAN INI HANYA BOLEH MENEMPATKAN SERAMAI 67 ORANG PELAJAR DAN 8 ORANG GURU.

PADA TAHUN 1983 PIHAK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TELAH MEMBINA BANGUNAN BARU 3 TINGKAT BAGI MENAMPUNG KEPERLUAN DISEBABKAN MURID YANG RAMAI. BANGUNAN TERSEBUT MENGANDUNGI 6 BILIK DARJAH, 1 BILIK PEJABAT AAM DAN SEBUAH KANTIN.

PADA TAHUN 1994 PIHAK KEMEMENTERIAN PENDIDIKAN MENAMBAHKAN LAGI SEBUAH BANGUNAN 3 TINGKAT DAN BLOK BANGUNAN 4 TINGKAT DENGAN BILANGAN KELAS SEBANYAK 11, 1 BILIK PENTADBIRAN, 1 BILIK GURU, 1 BILIK PUSAT SUMBER, 1 BILIK ABM, 1 BILIK SAINS, 1 BILIK MUZIK, 1 BILIK WUDU, 1 BILIK BIMBINGAN KAUNSELING , 1 BILIK GERAKAN DAN 1 BILIK KESIHATAN.











1 comment: