WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH.
Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah telah diadakan pada 25 Januari 2013 bersamaan dengan 13 RabiulAwal 1434H. Tema sambutan Maulidur Rasul untuk tahun ini ialah Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. Majlis telah dimulakan dengan perarakan pelajar mengikut Kelab dan Persatuan. Setiap Kelab dan Persatuan dikehendaki untuk membuat sepanduk dan sependuk tersebut akan dinilai berdasarkan kretiviti setiap persatuan. Selepas perarakan, pelajar-pelajar berkumpul di dalam dewan untuk program seterusnya iaitu ceramah Maulidur Rasul yang di sampai oleh bekas GPK Hem Tuan Haji Roslan bin Nikmat. Objektif utama Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini ialah untuk mengingati sirah Rasulullah dan menteladaninya. Disamping itu juga, ianya dapat mewujudkan persekitaran yang harmoni dan bekerjasama dikalangan warga sekolah dan menanamkan sifat mawaddah dalam diri individu muslim.
Monday, 4 February 2013
KEJOHANAN MERENTAS DESA
Pada 23 Januari 2013, Sekolah Kebangaan Pianggu telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Kejohanan ini merupakan program tahunan SK Pianggu dan ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid bagi menghadapi kejohanan di peringkat yang lebih tinggi lagi. Kejohanan ini terbuka kepada murid-murid di tahap dua sahaja. Di samping itu, kejohanan ini juga dapat mengukur tahap kecergasan kardiovaskular murid-murid yang terlibat. Kita akan dapat melihat samaada murid-murid berada di tahap yang terbaik ataupun tidak. Antara objektif utama kejohanan ialah dapat melahirkan murid-murid yang cergas dan cerdas, murid-murid dapat menonjolkan bakat yang terpendam dan dapat melahirkan semangat bersaing yang sihat.
PROGRAM MENTOR MENTEE 2013
Pada 21 Januari 2013 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Pianggu telah mengadakan satu majlis ringkas sempena penyerahan murid-murid tahun 6 dalam Program Mentor Mentee untuk tahun 2013. Penyerahan tersebut telah di sempurnakan oleh Puan Guru besar Pn Hajah Zauiah bt Hamzah.
Program ini diwujudkan bertujuan bagi merealisasikan hasrat kecemerlangan pelajar, maka
setiap diri pelajar perlu dilengkapkan
dengan kekuatan ilmu, minda, iman dan takwa, berakhlak mulia serta memiliki
sikap yang positif untuk mencapai kejayaan. Setiap mentee (pelajar) memerlukan perhatian dan tunjuk ajar secara
sistematik daripada mentor (guru) bagi meningkatkan motivasi dan nilai kendiri
mereka. Justeru itu, mentor hendaklah memainkan peranan sebagai penasihat (Homeroom Adviser) dan
membantu secara proaktif kepada mentee dalam menyelami, merasai dan mengetahui
kekuatan dan kelemahan mentee di samping memberi bimbingan yang bersesuaian
khususnya yang melibatkan aktiviti pembelajaran.
Objektif utama program ini ialah:
- Meningkatkan kualiti
pelajar untuk belajar secara sistematik dan berkesan bagi melahirkan
golongan pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR 2013 terutama
murid tahun 6.
- Memupuk rasa kasih sayang
dalam suasana kekeluargaan di samping menanam sikap bertanggungjawab,
berkeyakinan dan bermotivasi di antara mentor dan mentee yang terlibat.
- Memberi peluang kepada
mentee supaya mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya dalam
menyelesaikan masalah pembelajaran pembangunan diri.
Subscribe to:
Posts (Atom)