Pertandingan melukis mural antara Panitia Sk Pianggu 2013 telah diilhamkan oleh bahagian keceriaan sekolah bagi mengadakan program berbentuk ilmiah yang dituju khas kepada semua Panitia SK Pianggu. Ia adalah salah satu program sampingan guru-guru selain tugas rasmi sebagai seorang pendidik. Objektif utama pertandingan ini diadakan ialah kerana:
- Ingin melatih dan membina keyakinan diri kepada murid supaya hasil karya yang dipaparkan menjadi inspirasi kepada murid baik didalam kelas mahupun di luar kelas.
- Melatih dan memperkenalkan sifat kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan dikalangan guru-guru.
- mempamerkan akhlak yang mulia kepada guru-guru dan sikap positif ke arah kecemerlangan sekolah.
- Membentuk sikap sentiasa bersedia dan semangat jati diri yang tinggi dalam kalangan guru.
- membina persekitaran sekolah yang sentiasa bersih, ceria, indah dan berdiri megah dengan sekolah-sekolah lain di Malaysia.
Pertandingan ini telah melibatkan semua guru dan kakitangan sekolah dan telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang guru mengikut Panitia. Tema pertandingan ini ialah bebas dan terdapat unsur-unsur ilmiah. Masa yang diperuntukan untuk menyiapkan lukisan ini ialah 1 bulan bermula pada 15 April 2013.